TIADA pertemuan berlangsung antara pengasas produk kecantikkan Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman dan Pengasas Rayani Air, A. Ravi.
Perkara tersebut disahkan oleh Ravi ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.
“Tidak (Datuk Vida tidak berjumpa dengan saya),” katanya.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas ketika ditanya sama ada mengetahui mengenai Hasmida atau Datuk Vida yang mencari peluang untuk membeli sahama Rayani Air.
Vida dikatakan sedang mempertimbangkan untuk membeli saham Rayani Air yang dipalit masalah kewangan.
Jutawan kosmetik itu memberitahu pihak media beliau sedang menilai saham Rayani Air dan akan menemui pemiliknya bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan syarikat itu.
Jelasnya, faktor utama beliau tertarik kepada Rayani Air disebabkan konsep patuh syariah yang diamalkan syarikat berkenaan, tambahan pula industri penerbangan mempunyai prospek besar dan beliau bercadang mengembangkan perniagaan dalam bidang lain.
Bagaimanapun menurut Vida, Rayani Air perlu menjelaskan hutang terlebih dahulu sebelum beliau membeli saham syarikat tersebut.
0 comments:
Catat Ulasan