Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

25 Mei 2016

BAM PERLU AKUI KEHEBATAN KEM LATIHAN BADMINTON NUSA MAHSURI KENDALIAN KELUARGA SIDEK


KELAB badminton Nusa Mahsuri sedia membuka pintu untuk pemain negara, terutama Datuk Lee Chong Wei, berguru dengan bekas jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek, sebagai persiapan akhir menjelang Sukan Olimpik Rio 2016.

Misbun menjadi tumpuan selepas tersebar gambarnya mengendalikan beberapa pemain Denmark berlatih di Nusa Mahsuri, beberapa bulan lalu.

Denmark berjaya menewaskan Malaysia dalam separuh akhir sebelum menjulang Piala Thomas, sekali gus mencetuskan perdebatan mengapa Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak mengambil langkah sama.

Realitinya, Nusa Mahsuri yang dikendalikan Jalani Sidek, sedia membuka pintu perbincangan untuk membantu pemain negara.

"Kita harus berkerjasama dengan pemain-pemain untuk membantu mereka meraih kejayaan dan cuba untuk membantu Chong Wei meraih pingat emas di Sukan Olimpik," kata Jalani.

Selain Denmark, beberapa negara seperti Jepun dan India turut mendapatkan khidmat Misbun.

Bagaimanapun, Jalani enggan menuding jari kepada mana-mana individu, termasuk Pengarah Teknikal BAM, Morten Frost, yang dikritik kerana tidak memberi bantuan secukupnya ketika Malaysia menghadapi Denmark.

"Kita perlu bertungkus-lumus dalam persiapan Chong Wei untuk ke Rio nanti kerana dia merupakan harapan tunggal Malaysia meraih pingat emas," tambahnya.
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI