Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

4 April 2016

SEMANGAT DUA PELUMBA MotoGP Moto3 NEGARA BUKA MATA DUNIA!


Pelumba moto3 negara, Adam Norrodin menyentuh emosi penonton di Grand Prix Argentina apabila dia bangun dan mengambil keputusan menolak jenteranya selepas terjatuh pada 20 meter terakhir perlumbaan.

Dalam perlumbaan yang berlangsung di Litar Termas De Rio Hondo malam tadi, pelumba Drive M7 SIC Racing Team itu terjatuh ketika mengambil selekoh terakhir sejurus berjaya memotong pelumba Sepanyol, Jorge Navarro dalam persaingan tempat kedua. 

Bagaimanapun, Adam mengambil keputusan menolak motosikalnya sambil berlari terhenjut-henjut akibat kesakitan hingga ke garisan penamat. Lariannya jelas semakin perlahan dan di penghujung garisan, Adam kelihatan tunduk ke bawah sambil terus menolak motorsikal.

Setelah tiba di garisan penamat dengan kedudukan di tangga ke-11, Adam mendapat tepukan gemuruh daripada penonton dan juga petugas di pit lane. 

Sementara itu, seorang lagi pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi mencipta sejarah selepas menjadi rakyat Malaysia pertama memenangi perlumbaan di MotoGP, sekaligus menyaksikan nyanyian lagu Negaraku berkumandang buat kali pertama pada kejohanan motosikal utama dunia itu.

Pelumba dari Honda Team Asia itu menamatkan perlumbaan dengan 41 minit, meninggalkan Navarro dari pasukan Estrella Galicia 0,0 dengan 35.452 saat (kedua) dan pelumba Afrika Selatan, Brad Binder berada di tempat ketiga dan Andrea Locatelli dari Itali berada di tempat keempat. 

Berikut adalah keputusan perlumbaan Moto3, Grand Prix Argentina:

1. Khairul Idham Pawi MAL Honda Team Asia (Honda) 41m 35.452s 
2. Jorge Navarro SPA Estrella Galicia 0,0 (Honda) 42m 1.622s 
3. Brad Binder RSA Red Bull KTM Ajo (KTM) 42m 5.512s 
4. Andrea Locatelli ITA Leopard Racing (KTM) 42m 5.791s 
5. Joan Mir SPA Leopard Racing (KTM) 42m 5.958s 
6. Hiroki Ono JPN Honda Team Asia (Honda) 42m 6.188s 
7. John Mcphee GBR Peugeot MC Saxoprint (Peugeot) 42m 7.945s 
8. Jorge Martin SPA ASPAR Mahindra Team Moto3 (Mahindra) 42m 16.048s 
9. Jakub Kornfeil CZE Drive M7 SIC Racing Team (Honda) 42m 21.119s 
10.Niccolò Antonelli ITA Ongetta-Rivacold (Honda) 42m 21.345s 
11. Adam Norrodin MAL Drive M7 SIC Racing Team (Honda) 42m 21.625s 
12. Juanfran Guevara SPA RBA Racing Team (KTM) 42m 26.886s 
13. Fabio Quartararo FRA Leopard Racing (KTM) 42m 33.345s 
14. Maria Herrera SPA MH6 Laglisse (KTM) 42m 41.435s 
15. Philipp Oettl GER Schedl GP Racing (KTM) 42m 43.878s 
16. Livio Loi BEL RW Racing GP BV (Honda) 42m 45.617s 
17. Enea Bastianini ITA Gresini Racing Moto3 (Honda) 42m 47.116s 
18. Nicolo Bulega ITA SKY Racing Team VR46 (KTM) 42m 47.243s 
19. Gabriel Rodrigo ARG RBA Racing Team (KTM) 42m 47.603s 
20. Romano Fenati ITA SKY Racing Team VR46 (KTM) 42m 47.722s 
21. Alexis Masbou FRA Peugeot MC Saxoprint (Peugeot) 42m 47.834s 
22. Bo Bendsneyder NED Red Bull KTM Ajo (KTM) 42m 47.974s 
23. Francesco Bagnaia ITA ASPAR Mahindra Team Moto3 (Mahindra) 42m 54.336s 
24. Karel Hanika CZE Platinum Bay Real Estate (Mahindra) 43m 0.567s 
25. Fabio Di Giannantonio ITA Gresini Racing Moto3 (Honda) 43m 7.427s 
26. Jules Danilo FRA Ongetta-Rivacold (Honda) 43m 13.852s 
27. Tatsuki Suzuki JPN CIP-Unicom Starker (Mahindra) 43m 14.236s 
28. Stefano Valtulini ITA 3570 Team Italia (Mahindra) 43m 14.503s 
29. Andrea Migno ITA SKY Racing Team VR46 (KTM) 43m 19.487s 
30. Darryn Binder RSA Platinum Bay Real Estate (Mahindra) +1 lap 
31. Lorenzo Petrarca ITA 3570 Team Italia (Mahindra) +1 lap 
32. Fabio Spiranelli ITA CIP-Unicom Starker (Mahindra) +1 lap

Sementara itu nitizen memuji PELUMBA Malaysia pertama yang memenangi Kejohanan MotoGP Dunia dalam kategori Moto3 pada Grand Prix Motosikal Argentina, Khairul Idham Pawi memberikan contoh menarik dalam sebuah video yang viral hari ini.


Video yang dimuatnaik ke Facebook awal pagi tadi menunjukkan Khairul Idham melarikan diri dari podium sebelum disembur arak yang dibuka oleh pelumba bukan beragama Islam.

'Sembur arak' merupakan satu trend yang seringkali disaksikan apabila pelumba bukan Islam membuka arak di atas podium dan menyemburkannya ke arah satu sama lain atau orang ramai.

Tindakan pantas Khairul Idham mendapat pujian pelayar laman sosial yang beragama Islam.

"'Respect' diharap beliau akan terus dapat mempertahankan jati diri Islam.. Amin," kata pelayar, Shahrir.

"Tahniah... Alhamdulillah.. kita jaga agama ALLAH SWT, ALLAH SWT jaga kita. Kita menangkan agama ALLAH SWT, Insya ALLAH ALLAH SWT menangkan kita," balas Ana Zaujah  pula.

Khairul yang berusia 17 tahun yang merupakan pelumba dari pasukan Honda Team Asia berjaya mencatat masa 41 minit 35.452 saat dalam 21 pusingan di Litar Termas de Rio Hondo, Argentina.
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI