Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

31 Mac 2016

PENGENDALI ROTIKAYA.COM KENA SAMAN RM1 JUTA?


Penyanyi Wan Shades memfailkan saman menuntut ganti rugi RM1 juta di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, terhadap pengendali laman hiburan, Rotikaya.com yang didakwa mengeluarkan artikel memfitnahnya berhubung dakwaan rogol.

Wan atau Mohamad Faizal Mohd Ali, 43, sebagai plaintif memfailkan saman itu terhadap Nor Hamzie Md Hambali, 30, melalui Tetuan Mohd Irwan Mohd Mubarak di kaunter pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, Wan mendakwa pada 20 Februari 2012, defendan dengan niat jahat ada menerbitkan kenyataan artikel fitnah terhadapnya.

Artikel bertajuk "Wan Shades Suspek Utama Penyanyi Kumpulan R&B Rogol Anak Tiri Selama Tujuh Tahun" di siarkan di laman sesawang milik defendan.

Akibat daripada artikel plaintif mendakwa mengalami kerugian teruk dari segi reputasi, kerjaya dan kewangan.

Oleh itu, beliau menuntut ganti rugi RM1 juta, ganti rugi teruk, teladan, faedah dan kos.

Sumber - Harian Metro
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI