Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

2 Mac 2016

PASUKAN MENCARI MENJUMPAI BANYAK SERPIHAN MH370?


Pasukan penyiasat Malaysia yang melakukan pencarian di sepanjang pantai Pulau Reu­nion bermula hari ini menemukan lebih banyak serpihan pesawat yang diperbuat daripada aluminium termasuk beberapa bingkai besi.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kese­mua serpihan berkenaan akan di­serahkan kepada pihak berkuasa pulau tersebut sebelum dihantar kepada pasukan penyiasat khas yang dilantik untuk mengesahkan sama ada ia adalah daripada pesawat MH370.

Katanya, pasukan berkenaan yang terdiri daripada empat pakar yang diiktiraf Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan tiba di sana sejak minggu lalu akan meneruskan pencarian di sekitar pulau tersebut selama beberapa hari bagi mendapatkan lebih banyak bahan bukti mengenai pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac tahun lalu.

“Pasukan kita telah mendapat sokongan dan kerjasama sepenuhnya daripada pihak berkuasa pulau berkenaan untuk melakukan pencarian dan telah menemukan banyak lagi serpihan pesawat tetapi belum dapat dipastikan sama ada berasal daripada MH370 atau tidak.

“Saya berharap lebih banyak serpihan akan ditemukan dan kita tidak menetapkan sampai bila pasukan itu akan berada di sana cuma mereka hanya berhenti selepas pencarian di sepanjang pantai berjaya dilakukan,” katanya dalam sidang akhbar selepas me­rasmikan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bukit Serdang di sini.

Pencarian pesawat MH370 yang penerbangannya berakhir di selatan Lautan Hindi menerima harapan baharu apabila penduduk di pulau pelancongan terpencil itu menemukan serpihan sayap pesawat jenis Boeing 777.

Persoalan sama ada serpihan tersebut daripada pesawat MH370 bagaimanapun hanya dapat diketahui selepas pasukan penyiasat dari beberapa negara termasuk Malaysia, China, Amerika Syarikat (AS), Perancis dan wakil Boeing melakukan analisis terhadap penemuan itu di Toulose, Perancis, Rabu ini.

Selepas menjumpai serpihan sayap itu, penduduk tempatan turut menemukan serpihan pintu pesawat yang didakwa mempunyai tulisan bahasa Cina dan Melayu di kawasan berhampiran semalam, yang mencerahkan kemungkinan misteri MH370 yang membawa 239 penumpang termasuk krew bakal terjawab.

Sementara itu, Tiong Lai berkata, pihaknya telah meminta kerjasama daripada negara kepulauan lain yang terletak di sekitar kawasan pencarian iaitu Madagascar dan Mauritius untuk turut melakukan pencarian serpihan pesawat di kawasan masing-masing.

Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI