Penduduk Kampung Tanah Putih Feri, di sini, gempar dengan kehadiran seekor buaya tembaga sepanjang dua meter yang berjemur di tebing longkang konkrit di perumahan itu sejak kelmarin.
Penduduk, Zabedah Md Derus, 63, berkata, selepas dimaklumkan anaknya, dia serta beberapa penduduk bergegas ke lokasi untuk melihat sendiri reptilia berkenaan.
Menurutnya, buaya itu antara yang terbesar pernah dilihat sejak lebih 40 tahun tinggal di kawasan perumahan berkenaan.
“Saya percaya buaya itu tersesat masuk ke dalam parit yang bersambung dengan Sungai Kuantan ketika air pasang besar sejak kebelakangan ini.
“Saya bimbang buaya itu akan kembali ke kawasan berkenaan setiap kali air pasang, sebarang kejadian tidak diingini boleh berlaku kerana kedudukan rumah saya hampir dengan parit berkenaan,” katanya, semalam.
0 comments:
Catat Ulasan