Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

29 Februari 2016

GETAH KONDOM DAN TAYAR ANTARA PENYEBAB KANSER?


Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini memberi amaran bahawa sejenis bahan kimia berpotensi penyebab kanser telah digunakan dalam produk yang dibuat daripada getah.

Memetik laporan antarabangsa,Metro.co.uk, produk yang mungkin terdedah dengan bahan kimia 2-Mercaptobenzothiazole (MBT) termasuk tayar, sarung tangan getah dan kondom.

Bagaimanapun menurut laporan itu lagi, pengguna kondom tidak perlu risau kerana hanya sejumlah kecil amaun MBT digunakan dalam pembuatan kondom, sekaligus tidak membahayakan pengguna dan pasangan.

Profesor Hans Kromhout berkata, bahan kimia itu telah disahkan mempunyai risiko terhadap penyakit tersebut.

"‎Tayar yang terdedah dengan pencemaran habuk dan debu jalan adalah produk hasil getah paling berpotensi mengundang penyakit itu setakat ini.

"Risiko MBT kini diletakkan satu paras di bawah paras bahaya rokok," katanya.
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI