Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

28 Februari 2016

AKHIRNYA APPLE TEWAS DI TANGAN SAMSUNG


Syarikat SAMSUNG memenangi perbicaraan di mahkamah rayuan Amerika Syarikat (AS) kelmarin dalam saman hak paten yang dikemukakan oleh Apple sekali gus tidak perlu membayar tuntutan ganti rugi bernilai AS$119.6 juta (RM504 juta) kepada pengeluar telefon pintar iPhone itu.

Mahkamah memutuskan bahawa dua isu paten yang dikemukakan oleh Apple adalah tidak sah, menurut satu salinan keputusan yang disiarkan secara dalam talian.

“Kami amat gembira dengan keputusan bersejarah Mahkamah Rayuan AS bahawa dua paten yang dikemukakan oleh Apple tidak sepatutnya menjadi isu,” kata Samsung dalam satu kenyataan.

“Keputusan tersebut adalah kemenangan kepada pengguna selain meletakkan persaingan kembali pada tempatnya iaitu di pasaran, bukan di mahkamah,” tambah kenya­taan itu.

Apple telah memfailkan saman ke atas Samsung pada awal 2012 dengan mendakwa pengeluar telefon pintar Korea Selatan itu melanggar paten yang berkaitan dengan tele­fon pintar.

Samsung bagaimanapun menafikan tuduhan itu dan turut memfailkan saman sebagai tindak balas dengan mendakwa Apple turut melanggar sebilangan paten syarikat berkenaan.

Pada perbicaraan sebelum ini, Apple menuntut ganti rugi sebanyak AS$2.2 bilion (RM9.2 bilion) tetapi para juri cuma menganugerahkan syarikat berpangkalan di California itu sebanyak AS$119.6 juta.

Kelmarin panel hakim mahkamah rayuan memutuskan Samsung tidak melanggar paten melibatkan ciri-ciri kekunci gelongsor dan pembetulan automatik.

Mahkamah berkenaan turut mengarahkan Apple membayar Samsung AS$158,500 (RM668,000) kerana melanggar satu paten syarikat Korea Selatan berkenaan.
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI