Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

14 Januari 2016

STARBUCKS DI JAKARTA DI BOM??


JAKARTA : Lima penyerang dan dua orang awam maut dalam serangan bom dan kejadian tembak menembak yang berlaku di Sarinah, Jalan MH Thamrin di sini hari ini.

"Lima pengganas maut," kata Menteri Keselamatan Indonesia Luhut Panjaitan kepada wakil media hari ini.

Tambahnya, seorang warga Indonesia dan seorang warga Belanda turut maut dalam kejadian itu.

Kedutaan Belanda di Indonesia turut mengesahkan seorang warganegaranya yang cedera kini dirawat di hospital.

Polis turut mengesahkan sekurang-kurangnya dua pengebom bunuh diri terlibat termasuk sejumlah penyerang yang menggunakan pistol.

Bagaimanapun, belum ada sebarang kumpulan mahupun individu yang mengaku bertanggungjawab dalam kejadian itu.
Share:

Related Posts:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI