Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

13 Januari 2016

MAT NEPAL SEMAKIN BERANI MERABA GADIS TEMPATAN


Lelaki warga Nepal ditahan selepas mencabul wanita tempatan yang mempromosikan kad prabayar di restoran di Bandar Tasik Kesuma, di Beranang, kelmarin.

Dalam kejadian 8.30 malam, mangsa berusia 23 tahun itu dipeluk dari belakang.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Willey Richard berkata, suspek berusia 21 tahun itu meraba kemaluan dan bahagian dada mangsa menyebabkan mangsa meronta dan menjerit.

"Tiga rakan kerja mangsa yang melihat kejadian itu, terus menahan suspek dan membawa ke balai polis," katanya ketika ditemui, petang tadi.

Menurutnya, suspek yang bekerja di kilang berhampiran lokasi kejadian ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI