Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

11 Januari 2016

MACK TRUCK SULTAN JOHOR SUDAH SAMPAI..


JOHOR BAHRU : Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar semalam berkenan membuat penampilan sulung trak termahal dunia jenis Mack miliknya kepada orang ramai di pekarangan sebuah restoran makanan Jepun di Danga Bay di sini semalam.

Sultan Ibrahim tiba di restoran terbabit pada pukul 12 tengah hari dengan memandu sendiri trak berkenaan dari Istana Pasir Pelangi dengan diiringi pegawai Istana.

Kemunculan trak termahal di dunia itu menarik perhatian orang ramai yang berada di situ yang tidak melepaskan peluang untuk merakam gambar kenang-kenangan kenderaan terbabit.

Pada majlis itu, Sultan Ibrahim bertitah, baginda akan menggunakan trak tersebut untuk program Kembara Mahkota Johor (KMJ) pada tahun ini.

Titahnya, segala perancangan bagi KMJ tahun ini telah dirancang untuk baginda berkonvoi bersama kelab trak Johor.

Sultan Ibrahim juga melahirkan rasa puas hatinya de­ngan sistem pemanduan dan reka bentuk trak tersebut memandangkan ia mengikut citarasa dan keinginannya.

“Cara pemanduan trak ini tidak jauh berbeza dengan ken­deraan lain dan saya berpuas hati sebab trak ini menepati cita rasa saya,” titahnya.

Trak Sultan Johor itu turut dipamerkan untuk orang ramai di pekarangan pintu masuk Istana Bukit Serene bermula pukul 12 tengah hari hingga pukul 1 petang semalam.

Pembuatan trak berkenaan mengambil masa setahun di ibu pejabat Mack Trucks di Wacol, Queensland.


Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI