Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

19 Januari 2016

HARGA MINYAK DUNIA TERUS JATUH..CATAT REKOD PALING RENDAH SEJAK 2003


Harga minyak dunia jatuh ke paras terendah hari ini sejak 2003 berikutan pemansuhan sekatan ekonomi terhadap Iran oleh Amerika Syarikat Sabtu lalu.

Sepanjang sekatan ekonomi sejak 2011 itu, Iran hanya dibenarkan menjual satu juta tong sehari berbanding tiga juta tong sebelum sekatan.

Semalam, Iran yang juga anggota Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (OPEC) menyatakan ia kini bersedia menambah 500,000 tong sehari eksport minyaknya.

Kebimbangan minyak Iran akan menyebabkan lambakan di pasaran dunia, harga minyak dunia piawaian Brent jatuh kepada AS$27.67 hari ini berbanding AS$30 bulan lalu, yang terendah sejak 2003. Harga minyak mentah Amerika jatuh 64 sen kepada AS$28.78 setong.

Kemasukan minyak Iran di pasaran itu berlaku ketika pasaran dunia sedang mengalami lambakan lebihan pengeluaran Amerika, Russia dan Asia Barat.

Pengeluar utama minyak dunia kini membekalkan lebihan antara dua juta hingga 2.5 juta tong sehari,” kata CEO HSBC, Stuart Gulliver.

Penganalisis menjangka jika keadaan bekalan minyak dunia terus berlebihan, harga boleh jatuh sehingga menghampiri AS$10 setong. - Reuters

Share:

Related Posts:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI