Bagi menggelakkan telefon pintar penuh dengan kotoran dan bakteria, sebuah syarikat pengeluar telefon di Jepun telah mencipta sebuah telefon pintar yang boleh dibasuh dengan sabun.
Telefon pintar kalis air sudah mula dipasarkan namun Syarikat KDDI berkata, rekaan yang dinamakan 'Digno Rafre" akan dilancarkan secara rasmi di Jepun pada minggu depan hadapan dan akan menjadikan satu-satunya telefon pintar yang boleh dibasuh dengan sabun.
"Pasukan pembangunan rekaan kami telah membasuh telefon pintar tersebut lebih 700 kali untuk menguji ketahanannya," kata jurucakap syarikat kepada AFP.
Telefon pintar tersebut dicipta untuk ibu -bapa yang sentiasa mahukan telefon bimbit bebas bakteria dan selamat untuk anak-anak.
Namun, menurut jurucakap syarikat, hanya beberapa jenis sabun yang boleh digunakan untuk membasuh telefon tersebut dan hanya akan dijual di Jepun buat masa ini.
0 comments:
Catat Ulasan