Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

29 Disember 2015

STAR WARS THE FORCE AWAKEN KUTIP RM4.3 BILION DALAM 2 MINGGU


FILEM Sainsfiksyen paling dinanti-nantikan tahun ini, 'Star Wars: The Force Awakens', berjaya mencecah kutipan lebih AS$1 bilion (RM4.3 bilion) hanya dalam masa 12 hari ditayangkan.

Ia sekali gus menjadikannya filem terpantas melepasi jumlah itu dalam sejarah perfileman. Di Amerika Syarikat sahaja, filem arahan J.J Abrams itu berjaya mengutip AS$544.5 juta (RM2.3 bilion).

Setakat ini, ia filem kelima mencatat kutipan tertinggi di Amerika Syarikat, namun kedudukan itu dijangka berubah kerana tarikh tayangan yang masih panjang.

Filem ketujuh dalam saga Star Wars itu, buat masa ini, masih belum ditayangkan di China. Ia dijangka menemui penonton negara itu pada 9 Januari depan dan kutipannya dijangka terus meningkat memandangkan China merupakan negara kedua dalam senarai pasaran filem terbesar dunia.

Sebelum ini, rekod terpantas kutipan filem yang mencecah angka AS$1 bilion ialah 'Jurassic World' yang mencapai angka tersebut selepas 13 hari ditayangkan.



Star Wars The Force Awakens 2015 HDCAM
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI