Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

5 November 2015

PUTING BELIUNG LANDA BUTTERWORTH?


BUTTERWORTH - Suasana tenang di sekitar Butterworth secara tiba-tiba digemparkan dengan fenomena belalai air di sepanjang lautan dekat Prai hingga Terminal Feri Sultan Abdul Halim hari ini.

Menurut seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Yahya, 24 berkata ketika kejadian yang berlaku pada jam 4.20 petang itu, dia bersama keluarganya sedang bersiar di sekitar kawasan persisiran pantai tersebut.

"Mula saya sangka ia ribut kuat, dengan awan yang berkumpul hitam di samping pusaran angin. Ini kali pertama saya menyaksikan kejadian seperti ini, " katanya.

Sementara itu, sumber daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri mengesahkan mengenai kejadian tersebut.

"Setakat ini pihak bomba tidak menerima sebarang laporan kerosakan atau kecederaan berhubung kejadian ini,

"Namun apa yang penting, orang ramai diminta menjauhi lokasi kejadian sekiranya kejadian berlaku buat sementara, " katanya.

Kejadian yang berlaku dalam beberapa minit ini bagaimanapun menarik perhatian orang ramai dan mereka memuat turun kejadian tersebut dalam media sosial.

Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI