Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

11 November 2015

POLIS MENGAMUK TEMBAK RAMBANG DALAM KEM LATIHAN


Seorang anggota polis Jordan yang mengamuk menembak mati lima orang iaitu dua jurulatih dari Amerika Syarikat, jurulatih dari Afrika Selatan dan dua polis negara itu sebelum dia mati ditembak polis di sebuah pusat latihan polis di sini, pagi tadi.

Agensi berita Petra melaporkan, Menteri Penerangan Jordan, Mohammed Momani, berkata dalam kejadian di Pusat Latihan Raja Abdullah bin Al Hussein itu, dua jurulatih dari Amerika, empat polis Jordan dan seorang dari Lubnan cedera.

Tiga jurulatih asing itu ialah kontraktor untuk polis Jordan, kakitangan syarikat DynCorp yang dilantik Jabatan Negara Amerika untuk melatih polis Palestin.

Sumber yang rapat dengan keluarga penembak itu mengenal pasti dia sebagai Kapten Anwar Abu Zeid.

"Dia tiada kaitan dengan sebarang pertubuhan pengganas dan keluarganya amat terkejut dengan kejadian itu,” kata sumber. Menurut media Jordan, Anwar berusia 28 tahun dan mempunyai dua anak. - AFP

Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI