Seorang wanita warga emas memanjat tingkap kediamannya dan mengugut untuk terjun keluar tingkap apabila berselisih faham dengan suaminya.
Memetik laporan sebuah portal, saksi mengatakan pada mulanya wanita itu memberi pilihan kepada suaminya untuk memilih sama ada mi atau nasi sebagai menu tengahari mereka.
Bagaimanapun wanita tersebut berang selepas suaminya memilih nasi dan enggan memilih mi sebagai menu makan tengahari pasangan tersebut.
Keadaan bertambah tegang apabila keduanya mula bertengkar sebelum wanita itu memanjat tingkap dapur dan mengugut untuk terjun ke bawah.
Sekumpulan anggota bomba dikerah ke tempat kejadian, di mana anggota bomba terpaksa menghabiskan masa sehingga satu jam untuk memujuk wanita tersebut turun dari tingkapnya.
Pada awal tahun ini, seorang gadis muda dari Guangdong mengugut untuk terjun dari tingkat 19 kediamannya selepas kecewa dengan sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke 20.
0 comments:
Catat Ulasan