PERANCIS : Sekurang-kurangnya 10 terbunuh dan lima lagi hilang selepas kereta api laju Perancis, TGV, tergelincir ketika ujian pagi tadi, menjadikannya nahas pertama TGV sejak ia diperkenalkan lebih 30 tahun lalu.
Mangsa ialah antara 49 juruteknik di atas kereta api itu yang terbabas dekat Strasbourg, utara Perancis. Kereta api itu tidak membawa penumpang awam.
Kereta api berkenaan terbabas ketika sedang bergerak pada kelajuan 350 kilometer sejam ketika ujian untuk generasi terbaru TGV yang dijangka memulakan perkhidmatan pertengahan tahun depan.
Seramai 37 lagi cedera termasuk 12 yang keadaan mereka kritikal manakala lima masih hilang, dipercayai terperangkap di bawah gerabak selepas kereta api berkenaan jatuh dari jambatan ke dalam terusan selebar 40 meter.
0 comments:
Catat Ulasan