Mahkamah tempatan di sini menjatuhkan hukuman penjara enam bulan ke atas seorang wanita selepas didapati bersalah memukul anak angkatnya kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.
Kes tersebut mula mendapat perhatian netizen selepas beberapa foto yang menunjukkan kesan sebatan di tangan serta bahagian belakang badan seorang kanak-kanak lelaki dari bandar Nanjing tersebar.
Menurut media tempatan, kanak-kanak yang merupakan anak ketiga dari sebuah keluarga miskin di wilayah Anhui diserahkan kepada ibu saudaranya bagi memastikannya mendapat pendidikan yang sempurna di bandar.
Memetik laporan Xihui, polis Nanjing menahan wanita itu yang dikenali sebagai Li yang kemudian mengaku memukul anak angkatnya yang berusia 9 tahun itu dengan rotan kerana gagal menyiapkan kerja sekolah dan menipu.
"Saya bukanlah ibu yang jahat, hanya mahu mendisplinkan anak saya," kata Li semasa perbicaraan.
Li turut memohon maaf di atas tindakannya itu.
Sementara itu, pendakwa raya dalam hujahnya berkata, tindakan memukul kanak-kanak itu bukanlah sesuatu yang boleh diterima walaupun wanita itu mengaku sangat menyayangi anaknya itu dan bertindak melakukan perkara itu demi kebaikan.
0 comments:
Catat Ulasan