Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

4 Oktober 2015

TERKINI ! JEREBU SEMAKIN BURUK


INFO TERKINI MENGENAI JEREBU..
Kuala Lumpur: Situasi jerebu di seluruh negara semakin buruk dengan 29 kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 10 malam tadi berbanding 23 kawasan direkodkan petang tadi.

Menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS), Batu Muda Kuala Lumpur mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu 198 diikuti Shah Alam (189), Seremban (185), Nilai (182), Pelabuhan Klang (179) serta Petaling Jaya dan Putrajaya masing-masing (177).

Turut menunjukkan tidak sihat ialah Banting (174), Bukit Rambai (164), Port Dickson (162), Bandaraya Melaka (161), Cheras (152) dan Kuala Selangor (133).

Bacaan direkodkan di Muar ialah 130, SK Jalan Pegoh Ipoh (128), USM (126), Seberang Jaya 2 (125), Larkin Lama (122) dan Pasir Gudang serta Balok Baru Kuantan (121).

Selain itu, bacaan IPU di Jalan Tasek Ipoh dan Bakar Arang Sungai Petani ialah 120, Kemaman (117), Alor Setar (114), Seri Manjung dan Paka (108), Perai (106) manakala Jerantut dan Kampung Air Putih Taiping (104).
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI