Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

18 Oktober 2015

SEKOLAH DITUTUP AKIBAT JEREBU KEMBALI TERUK


SHAH ALAM - Sekolah di Melaka, Negeri Sembilan, Putrajaya, Selangor, Kuala Lumpur, Tawau, Kuching dan Samarahan ditutup esok ekoran jerebu, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Bagaimanapun, peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Kolej Vokasional diteruskan di bawah OPS TOPENG esok.

Kualiti udara dilapor semakin merosot apabila tujuh lagi kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat, menjadikan jumlah keseluruhan 14 kawasan yang mencatat bacaan tidak sihat  setakat 2 petang ini.
 
Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan itu ialah Nilai yang mencatatkan bacaan IPU 108; Seremban (106); Shah Alam (104); Putrajaya (103); Port Dickson (103); Petaling Jaya (101) dan Batu Muda, Kuala Lumpur (107).
 
Tujuh lagi kawasan kekal mencatatkan kualiti udara tidak sihat dengan bacaan tertinggi di Tawau, Sabah iaitu 123; Pelabuhan Klang (112); Bandaraya Melaka (115); Banting, Selangor (112); Samarahan, Sarawak (109); Bukit Rambai, Melaka (108) dan Kuching (101).
 
Sementara itu, sebanyak 27 kawasan merekodkan bacaan IPU sederhana antaranya Sri Aman, Sarawak (100); Tanjung Malim, Perak (91); SK Jalan Pegoh, Ipoh dan Balok Baru, Kuantan (90); Larkin Lama, Johor (87) dan Kuala Selangor (83).
 
Sebanyak 11 kawasan kekal mencatatkan bacaan baik antaranya Langkawi (48); SMK Tanjung Chat, Kota Bharu (45); Kangar, Perlis (38); Tanah Merah, Kelantan (35); Kota Kinabalu (34); Miri, Sarawak (34) dan Sandakan, Sabah (32).
 
IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).
 

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. 
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI