Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

1 Oktober 2015

PENGADIL BOLA SEPAK NAIK MINYAK?


RIO DE JANEIRO, Brazil – Seorang pengadil sudah tidak kisah de­ngan kad merah. Dia terus dengan pistolnya.

Keadaan mula menjadi kecoh sewaktu satu perlawanan bola sepak liga amatur sedang berlangsung hujung minggu lalu di timur laut Brazil apabila pemain simpanan dan jurulatih Amantes da Bola menyerbu ke padang sebagai tindak balas kepada apa yang mereka sifatkan permainan berbahaya oleh lawan mereka Brumahdinho.


Pengadil, yang merupakan seorang anggota polis yang dikenali sebagai Gabriel Murta oleh portal berita Globo, telah ditendang dan ditampar dalam kekecohan itu. Jadi, di sebalik mengeluarkan kad dari koceknya, dia pergi ke bilik persalinan untuk mendapatkan senjata apinya.

Rakaman video yang disebarkan semalam menunjukkan pe­ngadil itu, yang berpakaian ku­ning dan hitam, mengacukan pistol ke arah pemain-pemain sebelum dibawa pergi oleh pegawai perlawanan lain.

Tiada penangkapan dilakukan, tetapi menurut Globo pengadil itu akan menjalani penilaian psikologi dan mungkin berhadapan de­ngan tindakan disiplin. – AFP

Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI