Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

12 Oktober 2015

FOTO KANAK-KANAK DI LATIH MENJADI MILITAN IS


BAGHDAD - Pihak berkuasa Iraq mendakwa kumpulan militan IS telah menculik kira-kira 500 kanak-kanak di dua wilayah di negara itu.


Kelmarin, anggota majlis di wilayah Anbar, Farhan Mohammed memaklumkan IS menyerbu ke beberapa bandar termasuk al-Rutbah, al-Qa'im, Anah dan Rawa sejak lebih seminggu lalu.


"Ratusan budak yang diculik itu telah dihantar ke beberapa markas IS untuk menjalani latihan bagi melancarkan serangan ganas di bawah arahan pemimpin kumpulan militan tersebut," katanya.


Sementara itu menurut laporan Press TV, ketua polis di timur wilayah Diyala, Leftenan Jeneral Kasim al-Saidi berkata, kira-kira 100 kanak-kanak di wilayah itu juga diculik untuk dijadikan sebagai pengebom berani mati.


Pada April lalu, kira-kira 120 murid diculik dari beberapa sekolah di kawasan kejiranan al-Qayyarah, al-Shura, Badoush dan al-Baaj di utara bandar Mosul dan nasib kesemua mereka terus menjadi tanda tanya hingga kini.
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI