Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

24 September 2015

PENGANTIN TERCANTIK SELAMATKAN LELAKI LEMAS


Seorang jururawat muda dinobatkan ‘pengantin tercantik’ oleh media China selepas dirakamkan berusaha menyelamatkan seorang lelaki daripada mati lemas ketika menjalani penggambaran untuk perkahwinannya.

Guo Yuanyuan, 25, menghentikan penggambaran di pantai di Dalian, timur laut China, sebaik mendengar seorang lelaki lemas.

Dia bergegas ke tempat kejadian untuk memberi bantuan pernafasan.

Malangnya, lelaki itu tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia ketika Guo cuba menyelamatkannya.

Menurut saksi, lelaki yang identitinya masih belum diketahui dilihat melambai dan menjerit meminta bantuan sekitar jam 10 pagi Ahad lalu.
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI