Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

13 September 2015

BUKAN BIKERS KENTAL TAPI BIKERS MENTAL..


Kisahnya macam ni.."AKU ada request sekumpulan bikers supaya mereka parking double untuk jimat space parking. 

Apa yang aku dapat adalah cacian dan laungan makian seolah-olah aku orang baru keluar dari hutan (dan) tak mampu beli motor sebesar mereka," kata Azahari dalam perkongsian beliau, semalam.

Menerusi laman Facebook beliau, kejadian berlaku dipercayai semalam berlaku di hadapan keluarga dan anak-anaknya.

"Aku hargai seorang daripada bikers yang mengaku apa aku cakap tu betul tetapi tidak diendah rakan-rakan mereka yang lain.

"Aku terus dimaki hamun dengan perkara-perkara tak berkaitan seperti, aku baik sangat perangai macam baguslah, aku pakai seluar pendek tak tutup aurat dilaung dengan kasar," jelas Azahari lagi.

Katanya, kumpulan biker berkenaan menjadi lebih agresif apabila beliau mengambil foto kejadian.

"Sikap bongkak kerana menunggang motor besar harus dielakkan," katanya kecewa.

Perkongsian beliau mendapat perhatian hampir 6,000 pelayar dan rata-ratanya kecewa dengan kejadian tersebut.

"Isolated case ni. Bukan semua bikers macam ni. Kan ada kalangan ahli kumpulan diorang ni cakap betul juga (pendapat) Azahari," kata Rodzan.

"Motor besar, mahal bukan boleh bawa masuk kubur. Hujan basah jugak," komen Nora.

"Baru pakai superbike dah bongkak. Lupa dulu pkai motor cabuk je. Hai la manusia. Motor besar, otak rempit," kritik Arbain
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI