Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

30 Ogos 2015

TERJUN TINGKAT EMPAT GARA GARA CINTA DI TOLAK


Seremban: Akibat cintanya ditolak, seorang pelayan restoran nekad terjun dari tingkat empat Blok B, Flat Templer di sini, semalam.

Sumber berkata, dalam kejadian jam 12.10 tengah malam, mangsa berusia 23 tahun parah di tengkuk, kepala, kaki serta tangan selepas tersangkut di atas bumbung tingkat satu blok berkenaan.

Menurutnya, sebelum kejadian, mangsa yang tinggal bersama neneknya di tingkat lapan bergegas ke tingkat empat.

“Mangsa difahamkan putus cinta apabila teman wanitanya memilih lelaki lain menyebabkan dia nekad membunuh diri dengan terjun dari tingkat empat,” katanya.

Bagaimanapun cubaannya gagal apabila dia hanya terjatuh di atas bumbung tingkat satu dan parah.

“Selepas terdengar bunyi dentuman kuat, penduduk yang terkejut bergegas ke lokasi sebelum melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa,” katanya.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya masih menyiasat punca kejadian itu, tetapi tidak menolak kemungkinan wujud cubaan bunuh diri dan siasatan membabitkan keadaan mangsa sebelum kejadian, latar belakang dan rekod kesihatan dikumpul.

“Polis mengumpul maklumat daripada saksi, keluarga mangsa dan penduduk setempat,” katanya.

Jurucakap bomba berkata, 10 anggota dikerahkan ke lokasi bagi menurunkan mangsa yang cedera parah di atas bumbung sebelum dihantar mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJ) di sini.
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI