
Kisah adik Aminulrasyid Amzah menjadi tumpuan sejak dua menjak ni kerana kesnya masih di sebut di dalam mahkamah.Keluarga arwah berdoa agar kes ini diselesaikan dengan kadar segera dan ingin melihat arwah terbela.
Namun yang amat dikesali adalah sikap rakyat Malaysia sendiri yang suka memberi komen, pandangan yang bukan-bukan seolah-olah mereka lebih hebat dari pihak penyiasat dan mereka juga tidak berada di situasi adik Aminulrasyid Amzah ketika itu.
Bagi admin apalah salah kita semua doakan yang baik-baik ketika di bulan yang mulia ini (bulan ramadan) dan sedekahkan Al-fatihah buat arwah semoga rohnya dicucuri rahmat.
Ini tidak, ada pihak yang cuba menjadi `keyboard warrior` dan menunjukan kehebatan di dalam media sosial.
Screenshot komen-komen dari page akhbar yang menyiarkan kes adik Aminulrasyid Amzah


Sebagai rakyat Malaysia yang penuh dengan adat resam dan mempunyai AGAMA, perkara sebegini perlu di elakkan supaya kehidupan kita sentiasa diberkati olehNya.Jangan terlalu taksub untuk meluahkan sesuatu yang belum tentu kita tahu kesahihannya.
Tepuk dada tanyalah selera.Jangan sampai nanti Tuhan memberi kita ujian dan dugaan yang sama dipikul oleh arwah dan keluargannya.Tuhan lebih Maha Mengetahui.Semoga kita semua insaf dari segala perbuatan kita di dunia ini.Sekian terima kasih.
Al-fatiha buat arwah adik Aminulrasyid Amzah
0 comments:
Catat Ulasan