Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

2 Julai 2015

PESAWAT MALANG TENTERA INDONESIA JADI SEWAAN ORANG AWAM


MEDAN – Angka kematian nahas pesawat pengangkut tentera Indonesia meningkat kepada 142 orang semalam selepas timbul dakwaan orang awam membuat bayaran untuk menaiki penerbangan berkenaan sekali gus melanggar undang-undang tentera.

Beberapa saksi kejadian berkata, pesawat pengangkut C-130 Hercules itu terhempas di sebuah kejiranan di Medan, Pulau Sumatera kelmarin sejurus selepas berlepas dari pangkalan tentera di bandar berkenaan.Bandar Medan dihuni 2 juta penduduk.

“Beberapa bangunan rosak teruk, banyak kereta terbakar, manakala pesawat tersebut musnah hampir seluruhnya. Hanya ekor kapal terbang berusia 51 tahun itu sahaja masih boleh dikenal pasti selepas nahas,” kata saksi-saksi.

Majoriti daripada 122 penumpang yang berada di dalam pesawat itu dipercayai ialah anggota tentera, sejumlah wanita dan anggota keluarga mereka.

Selepas lebih banyak mayat dikeluarkan daripada serpihan pesawat dan dibawa ke hospital, polis mengumumkan angka kematian keseluruhan akibat nahas berkenaan ialah 142 orang termasuk korban yang berada di darat.

Setakat ini 62 mangsa, kebanyakannya anggota tentera, telah dikenal pasti identiti mereka.

Seorang saksi lain memberitahu, pesawat itu terbang rendah sebelum merempuh banggunan dan menghasilkan api yang menjulang setinggi bangunan empat tingkat.

“Semua orang panik dan menjerit,” ujar mekanik tayar, Tumpak Naibaho, 27, sambil menambah, terdapat beratus-ratus orang awam di lokasi kejadian ketika nahas berlaku pada waktu tengah hari.

“Saya fikir ia adalah serangan pengganas. Saya melihat seorang lelaki yang bajunya terbakar keluar daripada runtuhan. Mukanya dipenuhi darah, abuk dan abu,” ujarnya.

Penduduk setempat berkata, beberapa bangunan musnah apabila pesawat tersebut menjunam dan melanggar sebuah rumah urut dan hotel.

Sementara itu, terdapat dakwaan bahawa orang awam selain daripada keluarga anggota tentera udara turut berada di dalam pesawat dan membuat bayaran sebanyak AS$105 (RM394) bagi perjalanan tersebut.

Susulan dakwaan itu, ketua tentera udara, Agus Supriatna berjanji akan melakukan siasatan menyeluruh.

Pesawat itu berlepas dari Jakarta dan dalam perjalanan melibatkan Medan, Pulau Bintan dekat Singapura dan akhirnya Kepulauan Natuna.

Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI