Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

16 Julai 2015

BAHAYA VITAMIN C MURAH BUATAN SIAM


GOLOK – Kegilaan wa­nita Malaysia untuk tampil muda, cantik dan berkulit putih gebu menyebabkan ramai yang sanggup bergadai nyawa mendapatkan suntikan vitamin C murah dengan cuma bermodalkan RM1 sebotol di kedai-kedai kecantikan di pekan Golok, Thailand.

Lebih mengejutkan, ramai yang tidak mempedulikan langsung mengenai kesahihan kan­dungan sebenar vitamin C murah itu, bahkan tidak kisah dengan kesan sampingan yang mengancam nyawa.

Berdasarkan pendedahan pakar kesihatan, penggunaan vitamin C secara berlebihan dan tanpa kawalan boleh menyebabkan seseorang mengalami kerosakan buah pinggang, penyakit hati, pandangan menjadi kabur, malah boleh membawa maut sekiranya suntikan itu terkena otot atau tisu lemak.

Tinjauan wartawan Kosmo! ke Pekan Golok yang hanya sejam perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini mendapati hampir semua produk vitamin C yang dijual di puluhan kedai kecantikan dan ubat di situ tidak mempunyai kelulusan daripada pihak berkuasa kesihatan negara itu.

Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI