
Kuala Lumpur: Tidak malu pada Tuhan. Itu ungkapan tepat ditujukan terhadap ratusan ahli ‘geng plastik hitam’ yang berkerumun membeli juadah makan tengah hari sekitar ibu kota di sini.
Kumpulan lelaki beragama Islam ini didapati membeli juadah makanan terutama di Jalan Gurney, Jalan Semarak, Jalan Kampung Attap, Chow Kit, Pasar Keramat dan Jalan Medan Tunku di sini, seawal jam 11 pagi.
Tinjauan wartawan Harian Metro mendapati kawasan itu menjadi ‘syurga makanan’ bagi individu yang mahu membeli juadah nasi bungkus tanpa rasa segan silu.
Keadaan meriah ini turut dilihat di sekitar kawasan Jalan Gurney di sini, apabila kumpulan kaki ponteng puasa berpusu-pusu membeli makanan yang diisi di dalam plastik hitam.
Lorong di kawasan itu yang mempunyai 10 gerai menjual pelbagai lauk-pauk mula dipenuhi pelanggan lelaki yang muncul menaiki motosikal dan kereta.
0 comments:
Catat Ulasan