Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

22 Jun 2015

PADAH BILA LEKA BERMAIN TELEFON BIMBIT


Seorang gadis mengalami detik cemas apabila kakinya tersepit selama 45 minit apabila terjatuh dan tersepit di jeriji besi yang digunakan untuk menghadang longkang.

Sebaik kejadian berlaku, orang ramai cuba membantu melepaskan kaki gadis itu dari jeriji besi terbabit namun gagal.

Dalam pada itu, pihak bomba menerima panggilan dari orang ramai memaklumkan kejadian tersebut sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Jurucakap bomba, Ming Lai, pihaknya bekerja keras untuk memotong besi tersebut sebelum membebaskan kaki gadis tersebut.

“Mangsa mengalami lebam dan cakar akibat tersepit terlalu lama pada jeriji tersebut. Tetapi kakinya cepat pulih dan mangsa tidak memerlukan rawatan hospital,” katanya.

Menurut laporan portal Metro.co.uk, gadis tersebut yang tidak mahu dinamakan mengaku terlalu leka dengan telefon bimbitnya dan tidak menumpukan sepenuh perhatian ketika berjalan kaki; menyebabkan dia terjatuh pada jeriji besi tersebut.
Share:

Related Posts:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI