Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

29 Jun 2015

BAPA KANDUNG DAN IBU TIRI DARI NERAKA


KOTA BHARU - Kanak-kanak perempuan berusia lima tahun (Nur Zuliana Zaar) yang didakwa didera bapa kandung dan ibu tirinya di Rantau Panjang, Pasir Mas didapati mengalami kecederaan serius termasuk patah 10 tulang rusuk, tulang belakang, bahu kanan selain tulang pinggulnya berubah kedudukan.    

Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Datuk Dr Ghazali Hasni Md Hassan berkata Nur Zuliana Zaara Zulkifli juga mengalami radang paru-paru selain kesan trauma pada hati, lebam di dada, perut dan belakang.

"Kemungkinan kecederaan di bahagian belakang badan mangsa akan memberi kesan jangka panjang terhadapnya," katanya pada sidang media di  pejabatnya di sini, hari ini.

Beliau berkata mangsa yang semakin stabil dipercayai mengalami kecederaan itu dalam tempoh tiga hingga enam bulan lepas dan berada dalam keadaan tertekan akibat penderaan itu.    

"Pesakit amat kurus kerana tidak cukup makanan dan hanya mempunyai berat badan kira-kira 15  kilogram sahaja, berbanding berat sepatutnya sekitar 20 kilogram hingga 30 kilogram.    

"Kita berusaha memberi rawatan dengan menstabilkan pesakit dan memberi pemakanan sesuai serta ubat-ubatan bagi memulihkannya. Orang  ramai tidak digalakkan melawat mangsa buat sementara waktu," katanya.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim ketika ditemui selepas melawat mangsa, berkata pihaknya sedang memburu kedua-dua suspek.

"Kita percaya kedua-dua suspek telah melarikan diri ke negara jiran, tetapi kita akan mendapatkan bantuan daripada Polis Diraja Thailand bagi mengesan suspek untuk dibawa ke muka pengadilan.

"Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001 kerana mendera," katanya.

Kanak-kanak malang itu ditemui ibu kandungnya Sana Abdul Malek, 28, dalam keadaan wajahnya cengkung manakala seluruh badannya lebam  dan dipenuhi parut selain kepalanya luka manakala belakangnya pula membongkok dipercayai akibat patah tulang belakang, rusuk serta paha.


[Update 29 Jun 2015]

Mangsa dera, Nur Zuliana Zaara Zulkifli, 5, atau Yaya selamat menjalani pembedahan bagi merawat usus kecilnya yang didapati berpintal dipercayai akibat dipukul.

Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Datuk Dr. Ghazali Hasni Md. Hassan berkata, pembedahan bermula pukul 10.30 pagi dan berakhir sejam kemudian.

“Pesakit dilaporkan stabil namun dalam tempoh 24 jam berikut, dia tidak boleh makan. Setakat ini, kita tidak benarkan sesiapa jumpa pesakit kecuali ibu kandungnya sahaja," katanya dalam sidang akhbar di HRPZ II di sini hari ini.

Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI