
Putrajaya: Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan selepas disyaki terbabit dalam kes bunuh seorang wanita yang mayatnya ditemui dalam belukar bawah jambatan susur keluar Putrajaya ke Pulau Meranti Cyberjaya untuk membantu siasatan.
Pemangku Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Abdul Aziz Ali berkata, ketika disoal siasat suspek mengaku mencampakkan mangsa dari jambatan berkenaan."Beberapa barang milik mangsa juga ditemui bersama suspek.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti motif sebenar kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,"katanya ketika dihubungi di sini.
Difahamkan, suspek ditahan di sekitar Cyberjaya sebelum dibawa ke Mahkamah Majistret Sepang 10.30 pagi tadi untuk dikenakan perintah tahanan reman.
Mayat Rosshida Abdullah, 30 berasal dari Pasir Mas, Kelantan ditemui orang awam di bawah jambatan berkenaan kira-kira 5 petang, semalam.
Turut ditemui bersama mayat itu ialah sekeping nota yang antara lain menceritakan masalah dihadapi termasuk tertekan ekerana diburu along, serta beg tangan berwarna putih.

Kad Pengenalan mangsa.
Update!!
Dicekik hingga mati di Penarik, Terengganu sebelum mayatnya dibawa sejauh 450 kilometer hingga ke Cyberjaya, Selangor.
ROSSHIDA ABDULLAH
Mayat itu kemudian dicampak ke dalam kawasan belukar di bawah jambatan susur keluar Putrajaya ke Pulau Meranti.
Itu sebenarnya yang berlaku kepada Rosshida Abdullah, 30, juruwang restoran yang mayatnya ditemui oleh orang awam pada Rabu lalu.
Suspek yang dipercayai tunang mangsa dikatakan tekad melakukan perbuatan itu kerana cemburu dengan kehadiran orang ketiga dalam hubungan mereka.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar yang mengesahkan perkara itu berkata, mangsa bersama suspek ketika itu dalam perjalanan pulang ke kampung halaman di Kelantan dari ibu negara.
Namun, dalam perjalanan kedua-dua mereka dipercayai bertengkar mengenai orang ketiga dan menuduh mangsa keluar dengan lelaki lain sehingga suspek mencekik mangsa sehingga mati di satu kawasan dekat Penarik, Terengganu.
Disebabkan mangsa telah meninggal dunia, suspek mengambil keputusan berpatah balik dari Penarik ke ibu negara, namun setibanya di Cyberjaya, suspek mencampakkan mayat mangsa dari jambatan tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita semasa Program Kayuhan Pencegahan Jenayah bersama Timbalan Ketua Polis Selangor di Saujana Utama, di sini hari ini.
Menurut Abdul Rahim, sepanjang perjalanan tersebut suspek hanya menutup muka mangsa yang duduk di bahagian penumpang hadapan itu dengan selimut.
Rabu lalu, mayat Rosshida ditemui orang ramai dalam keadaan tertiarap lengkap berpakaian di bawah jambatan di Cyberjaya kira-kira pukul 5 petang.
Turut ditemui bersama mayat ialah beg tangan, kad pengenalan dan sekeping nota bertaip yang antara lain menceritakan masalah dihadapi termasuk tekanan kerana diburu along akibat berhutang sebanyak RM50,000.
Susulan penemuan mayat itu, polis menahan seorang lelaki yang dipercayai tunang Rosshida di Cyberjaya semalam bagi membantu siasatan dan suspek yang berasal dari Kota Bharu mengaku mencampakkan mangsa di tempat kejadian.
0 comments:
Catat Ulasan