Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

18 Mei 2015

GAMBAR MAYAT BAYI DI KERAT 15 DIJUMPAI DALAM KOLAM KUMBAHAN PPR DI JOHOR


Johor Bahru: Mayat bayi dipotong 15 tanpa kepala dijumpai dalam perangkap sampah di pusat kumbahan sebuah flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kempas Permai di sini, pagi semalam.

Mayat bayi itu ditemui oleh kontraktor kumbahan kira-kira 10.30 pagi ketika melakukan kerja mengambil sampah di perangkap sampah loji itu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Khamsani Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima maklumat kira-kira 1.30 petang selepas penyelia syarikat kontraktor berkenaan mengesahkan bahagian anggota badan yang ditemui pekerjanya adalah bayi selepas ia dibasuh.

"Ketika mengambil sampah, kontraktor menjumpai beberapa bahagian anggota badan yang terperangkap di perangkap sampah.

"Apabila dikumpul dan dibasuh dan di kumpulkan, ia adalah mayat bayi, namun kepala bayi berkenaan masih belum dijumpai," katanya.

Beliau berkata, pihaknya kini giat menjalankan siasatan untuk mengenal pasti wanita yang baru melahirkan anak di kawasan perumahan itu serta klinik berdekatan.



Share:

1 comments:

RahimAim1 berkata...

Memang isitghfar banyak2 tikala baca entry ni...

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI