Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

18 Mac 2015

TUAH NELAYAN DAPAT KERAPU BERNILAI 10K


MIRI: Seekor ikan kerapu bersaiz luar biasa dengan berat 168 kilogram berjaya ditangkap nelayan di perairan Tukau, di sini, kelmarin.

Ikan kerapu yang dijual lebih RM10,000 itu menjadi rebutan pengusaha restoran di bandar ini selain turut menjadi tumpuan orang ramai yang tidak melepaskan peluang melihat ikan bersaiz luar biasa terbabit.

Pembeli bertuah yang juga pengusaha makanan laut, Ah Tai Chian, 55, berkata, dia gembira apabila berjaya membeli ikan kerapu itu walaupun terpaksa berebut dengan pengusaha restoran lain.

Ramai yang tidak ingin melepaskan peluang membeli ikan ini kerana ia satu yang pelik dan dipercayai membawa tuah kepada pembeli serta orang yang memakannya.

Saya tidak kisah walaupun terpaksa menghabiskan wang ribuan ringgit asalkan ikan ini menjadi milik saya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI