PERAK: Seorang wanita maut selepas dipercayai dikelar oleh teman lelakinya dalam kejadian di Kilometer 228.2 Lebuhraya PLUS arah selatan dekat Bukit Gantang Taiping dalam kejadian 12 tengah hari tadi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping Superintendan Ismail Che Isa berkata, dalam kejadian itu, mangsa yang juga seorang penuntut institut pengajian tinggi berusia 19 tahun dikatakan membuka pintu keretanya yang diletakkan di lorong kecemasan dan terus terjatuh di atas jalan.
Menurutnya, seorang lelaki kemudian keluar dari kereta itu dan menariknya ke tempat besi penghadang jalan sebelum cuba melarikan diri ke hutan berhampiran.
"Orang ramai yang melihat kejadian itu segera menangkap suspek yang berusia 25 tahun," katanya.
Beliau berkata, mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kangsar untuk menerima rawatan tetapi disahkan meninggal dunia dua jam kemudian.
Katanya, polis turut menemui pisau yang mempunyai kesan darah dalam semak berhampiran tempat kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suspek kes bunuh seorang siswi yang dikelar dan ditikam di Kilometer 228.2 Lebuhraya PLUS arah selatan berhampiran Bukit Gantang, semalam direman selama tujuh hari, bermula hari ini.
Suspek yang berusia 25 tahun dibawa ke Balai Polis Parit Buntar, dekat sini, kira-kira 10 pagi tadi untuk proses permohonan tahanan reman.
Majistret Rosnee Mohd Radzuan, yang hadir ke balai polis berkenaan membenarkan suspek direman sehingga 9 Februari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Pemuda yang juga dipercayai teman lelaki mangsa dan bekerja sebagai tukang masak di Melaka, kemudian dibawa semula ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping kira-kira 10.45 pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari semalam, mangsa, Norsyuhada Johari, 20 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh Pulau Pinang, meninggal dunia di Hospital Kuala Kangsar, dekat sini kira-kira 2 petang ketika sedang mendapatkan rawatan.
Pihak keluarga pernah membuat laporan polis sebelum ini mengenai teman lelaki Nur Syuhada:
Pelajar sebuah IPTA yang maut dikelar didakwa diculik terlebih dahulu sebelum suspek membunuhnya.
Salah seorang ahli keluarga dan rakan Nur Syuhada ada menghubungi ibunya, memaklumkan mangsa dilarikan lelaki berusia 25 tahun itu.
Ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, suspek menaiki kereta dan masuk ke kawasan kampus lalu menghunus pisau kepada mangsa serta memaksa mengikutnya kira-kira jam 11.00 pagi.
“Rakan-rakan melarangnya mengikut lelaki itu tetapi mungkin semasa kejadian dia berfikir boleh menenteramkan suspek,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar, semalam.

0 comments:
Catat Ulasan