Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

12 Januari 2015

UNIK - KERETA POLIS PERONDA JENIS F1


Polis Britain memperkenalkan sebuah kereta lumba Formula 1 (F1) yang diubah suai menjadi sebuah kereta peronda bagi menangani masalah pemandu yang gemar memandu laju.

Kereta F1 model Caparo T1 yang mempunyai kelajuan melebihi 322 kilometer sejam itu kini dipamerkan di pameran Sukan Permotoran Antarabangsa di sini kelmarin.

Bagaimanapun, kereta tersebut tidak akan digunakan di jalan raya tetapi dijadikan sebagai salah satu kempen keselamatan jalan raya oleh pihak berkuasa.

Seorang jurucakap polis, Superintendan Paul Kessey berkata, pameran tersebut adalah peluang terbaik kepada pihak polis untuk berhubung dengan golongan yang meminati kereta berprestasi tinggi.

“Golongan ini biasanya sukar untuk berbincang atau berjumpa dengan kami tetapi melalui pameran kami boleh berkongsi mengenai kempen keselamatan jalan raya dengan mereka.

“Mereka yang meminati kereta berprestasi tinggi sudah pasti tidak melepaskan peluang melihat kereta peronda polis ini dan kami akan menggunakan kesempatan itu untuk bergaul dengan mereka,” katanya.

Share:

Related Posts:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI