
Pesawat jenis 2 alam BE-200 milik Russia dalam operasi SAR QZ8501
Jakarta: Russia menghantar 72 anggota tentera dan dua pesawat canggih dalam misi pencarian pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 di Laut Jawa.
Kehadiran pihak Russia membuatkan pihak sekutu Amerika Syarikat di rantau ini iaitu Australia agak kurang senang.Namun pihak Russia bertegas mereka datang atas dasar membantu dalam operasi mencari dan menyelamat ini kerana mereka mempunyai kecanggihan dalam operasi mencari dan menyelamat.
Perkara itu dinyatakan ketua badan penyelamat dan mencari Russia Eduard N Chizov ketika melawat Pusat Badan SAR Indonesia di Jakarta semalam.
“Kesemua 72 individu yang kami bawa memiliki kemampuan menangani bencana dan mampu menyelam sehingga ke dasar laut paling dalam,” katanya memetik laporan Tribun.com.
Tambah Chizov, pihaknya datang ke Indonesia untuk membantu pencarian pesawat menggunakan pesawat BE-200 dan IL-76 yang memiliki teknologi canggih.
“Pesawat BE-200 mampu mendarat di laut dan memudahkan proses pencarian.
“Pihak kami juga memiliki peralatan khusus iaitu Falcon yang dapat mencari dan menemukan bahagian pesawat di dalam laut,” kata Chizov.








0 comments:
Catat Ulasan