Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

29 Januari 2015

PENJARA 7 HARI BUAT BEKAS ISTERI JIMMY SHANLEY KERANA ENGKAR PERINTAH MAHKAMAH.


Shah Alam: Bekas isteri pengacara dan penyampai radio Jimmy Shanley dipenjara tujuh hari bermula hari ini oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini kerana melanggar perintah mahkamah membabitkan hak lawatan dan bermalam anak mereka, Zahrah Rania yang difailkan Jimmy, dua tahun lalu.

Hakim Syarie, Mawardi Che Man memutuskan demikian terhadap Nursuhaila Eliani Suhaimy, 29, selepas menolak tunjuk sebab yang dikemukakan wanita itu.

Bagaimanapun, mahkamah menangguhkan sehingga 4 petang ini untuk peguam syarie Sa'adiah Din yang mewakili Nursuhaila memfailkan permohonan bertulis bagi menggantung pelaksanaan hukuman itu ke atas anak guamnya.

Pada 7 Mei 2013, Jimmy atau nama sebenarnya, Jimmy Shanley Norjahan Salleh, 35, memfailkan permohonan perintah komital (pemenjaraan) terhadap Nursuhaila Eliani yang didakwa melanggar perintah Mahkamah Tinggi Syariah.

Jimmy mendakwa masih gagal berjumpa anaknya, walaupun mahkamah pada 8 April 2013 mengeluarkan perintah membenarkan hak lawatan dan bermalam dengan anaknya.
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI