
Kuala Lumpur: "Semua yang berlaku ini adalah punca tindakan kita yang membuka ruang kebebasan yang terlalu luas hingga lupa nilai agama ada pada diri kita," kata pendakwah dan penceramah bebas Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani.
Beliau mengulas penyebaran beberapa gambar dan video memaparkan beberapa orang gadis melayu bertudung dicium serta dipeluk oleh artis Kpop menjadi bahan sensasi dan kritikan orang ramai di internet.
Difahamkan, gadis terbabit dicium dan dipeluk oleh beberapa orang anggota dari kumpulan Kpop B1A4 yang membuat persembahan di KL Live Center Kuala Lumpur semalam yang dianjurkan oleh syarikat yang berpengkalan di Amerika Syarikat.
Ahmad Dusuki berkata, keruntuhan sosial adalah cabaran dan masalah paling besar yang dihadapi ketika ini disebabkan umat Islam dilihat sudah semakin lupa dengan ajaran agama.
"Kita berhadapan masalah besar sekarang, sosial kita runtuh, ekonomi runtuh, agama sudah tidak ada. Apabila agama sudah tidak ada, segala-galanya juga sudah tidak ada," katanya.
Cubaan untuk menghubungi penganjur konsert tidak berjaya apabila panggilan telefon tidak dijawab.
FOTO-FOTO YANG DI AMBIL KETIKA KEJADIAN

B1A4 pilih peminat secara rawak?
Penganjur konsert kumpulan K-pop, B1A4 mendakwa peminat yang diundang ke atas pentas dalam konsert itu di KL Live, Jalan Sultan Ismail, di sini, kelmarin melakukan aksi dengan anggota kumpulan berkenaan tanpa paksaan.
Dalam kenyataan di laman Facebook, syarikat berkenaan TGM Events yang berpangkalan di Amerika Syarikat turut menjelaskan peminat terbabit dipilih secara rawak dan tidak diketahui sesiapa.
"Ketika ditanya sama ada mereka boleh atau tidak melakukan aktiviti meniru aksi babak drama itu, mereka tidak membantah," katanya.
TGM Events tampil membuat kenyataan berikutan penyebaran beberapa gambar dan video memaparkan beberapa gadis Melayu bertudung dicium serta dipeluk anggota B1A4 menjadi bahan sensasi dan kritikan orang ramai di Internet sejak semalam.
Menurut kenyataan itu, sebagai syarikat yang diterajui wanita, mereka tidak akan membenarkan sebarang pencabulan serta gangguan seksual berlaku.
Dalam pada itu, mereka turut meluahkan kekecewaan terhadap segelintir media yang didakwa melanggar etika kewartawanan dengan menggunakan terminologi tidak sepatutnya dalam laporan mereka.








0 comments:
Catat Ulasan