Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

21 Disember 2014

THAILAND BENAM EGO PEMAIN SENIOR HARIMAU MALAYA


Thailand memastikan gelaran 'Raja Bola Sepak Asia Tenggara' menjadi milik mereka selepas muncul juara Piala AFF Suzuki 2014 menerusi kemenangan agregat 4-3 ke atas Malaysia selepas final kedua kejohanan di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, malam ini.

Walaupun kalah 2-3 kepada Malaysia pada aksi timbal balik malam ini, skuad kendalian Kiatisuk Senamuang itu dinobatkan selaku juara susulan kemenangan 2-0yang diraih pada aksi final pertama di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok, Rabu lepas.
    
Thailand mengalahkan Malaysia 3-2 pada aksi peringkat Kumpulan B kejohanan di Stadium Jalan Besar, Singapura pada 26 Nov lepas.
    
Kejayaaan itu membolehkan skuad 'Gajah Perang' kendalian Kiatisuk Senamuang muncul juara buat kali keempat selepas meraih kejuaraan pada tiga edisi terdahulu iaitu 1996, 2000 dan 2002.
    
Kekalahan itu adalah yang kedua dialami skuad Harimau Malaya kepada lawan sama selepas kecundang 0-1 pada edisi pertama kejohanan pada 1996 di
Singapura yang ketika itu dikenali sebagai Piala Tiger.

Selaku juara, Thailand membawa pulang wang tunai berjumlah US$200,000 (RM696,974) dan trofi Piala AFF.
   
Kedukaan Malaysia bagaimanapun terubat selepas Safiq diumumkan pemenang kasut emas kejohanan itu dengan jaringan enam gol.

Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI