Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

22 November 2014

KERAJAAN MAHU TURUNKAN HARGA MINYAK?

PUTRAJAYA – Kerajaan menghapuskan sepenuhnya subsidi untuk petrol RON95 dan diesel bagi membolehkan kaedah pengapungan terkawal (manage float) dilaksanakan ke atas bahan api itu bermula 1 Disember ini.


Bagaimanapun, pelaksanaan kaedah tersebut dijangka memberi peluang kepada rakyat untuk menikmati harga minyak lebih murah daripada harga sekarang iaitu RM2.30 untuk seliter petrol RON95 dan RM2.20 seliter untuk diesel, susulan kejatuhan harga minyak mentah dunia pada waktu ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, selepas tarikh 1 Disember, tiada lagi subsidi diberikan ke atas dua jenis minyak tersebut.

Katanya, Kabinet yang bermesyuarat pada pagi semalam bersetuju melaksanakan kaedah tersebut sebagaimana yang ditetapkan ke atas penjualan petrol RON97 sejak Julai 2010.

“Tiada lagi subsidi selepas 1 Disember dan petrol dijual mengikut harga pasaran. Tapi sekarang ia (harga mentah dunia) menunjukkan trend me­nurun,” katanya pada sidang akhbar mengenai pelaksanaan harga petrol dan diesel selepas mesyuarat Kabinet di sini semalam.

Hasan memberitahu, penelitian kerajaan selama 19 hari bermula 1 November lalu mendapati harga purata bagi RON95 di bawah Mekanisme Harga Automatik (APM) menurun kepada RM2.27 seliter yang mana lebih rendah daripada harga runcit pada masa ini.
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI