Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

19 Oktober 2014

RAKYAT MALAYSIA FOBIA PUTING BELIUNG

Penduduk Bintulu hari ini digemparkan dengan satu fenomena 'belalai air' yang berlaku berhampiran pantai Kidurong, di sini, semalam.


Fenomena yang berlaku kira-kira jam 10.30 pagi antara 10 hingga 15 minit itu menjadi viral apabila dirakam individu yang menyaksikan kejadian berkenaan sebelum memuat naik di laman sosial.

Malah, ada segelintir yang terkeliru dengan fenomena itu dan menganggapnya puting beliung.Penduduk Leonard Mike, 27, berkata, ketika kejadian dia berada dalam kereta untuk ke tempat kerja di bandar ini.

Katanya, ketika melalui jalan pesisir pantai, dia terkejut apabila melihat awan berkumpul dan ada pusaran bersambung dengan permukaan air.

"Saya sangkakan puting beliung tetapi tiada angin kuat dan teringat dengan kejadian seakan-akan sama berlaku di Semenanjung, baru-baru ini. Saya membuat anggapan ia fenomena biasa berlaku di laut.

Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI