Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

14 Oktober 2014

PELANCONG BERANI MATI

Setiap tahun Monte Piana di Banjaran Alps Itali dipenuhi 'pelancong berani mati' yang sanggup ber­gayut dalam buaian sejauh ratusan meter di udara. 


Perjumpaan kumpulan itu-dikenali sebagai International Highline Meeting-pertama kali diadakan pada 2012 dan kini menjadi acara utama untuk golongan yang menggemari hiburan berisiko tinggi.

Hanya mereka yang tidak mudah gentar mampu menghabiskan berjam-jam berehat dan bersantai di dalam buaian malah ada juga yang sempat memainkan gitar-dari kadar ketinggian yang mampu membuatkan orang biasa sesak nafas melihatnya. 

Bagaimana untuk sampai ke setiap buaian ini? 'Mudah' saja-dengan meniti kabel yang menjadi tempat buaian berkenaan diikatkan. 

Acara ekstrem ini kini memasuki tahun ketiganya dan memberi peluang kepada golongan ini berjumpa dan berkongsi cerita tanpa sebarang unsur pertandingan. Idea menggunakan buaian dicadangkan pembuatnya, 

Ticket To The Moon. Semua buaian diikat pada tali kabel selepas berjalan menitinya untuk sampai ke 'lokasi' pilihan-30 meter di udara.  

Perjumpaan itu diadakan dari 6 hingga 14 September lalu membabitkan 500 orang. Sebastian yang juga antara penganjur acara itu berkata memang sukar mengambil gambar disebabkan permukaan gunung yang tidak rata selain ketinggiannya. 


Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI