Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

23 Oktober 2014

PAPAN LUNCUR 'BACK TO THE FUTURE' BAKAL JADI KENYATAAN


AMERIKA SYARIKAT – Sebuah syarikat berjaya menghasilkan sebuah papan luncur yang boleh terapung di udara dan bakal berada di pasaran tidak lama lagi.

Papan luncur tersebut yang dikenali sebagai 'Hoverboard' direka oleh syarikat teknologi, Hendo yang dimiliki oleh sepasang suami isteri, Greg dan Jill Henderson.


Ketika ini syarikat tersebut sedang menjalankan kempen untuk mengutip derma daripada orang ramai melalui laman web Kickstarter bagi mencari dana untuk memasarkan papan luncur berkenaan.

Syarikat tersebut turut mengeluarkan satu klip video yang memaparkan seorang lelaki yang memakai baju putih sedang meluncur menggunakan papan luncur berkenaan.

Menurut syarikat itu, mereka menggunakan tindak balas magnet untuk menghasilkan satu daya yang membuatkan papan luncur tersebut terapung di udara.

Bagaimanapun, papan luncur yang mungkin berharga AS$10,000 (RM32,610) hanya berfungsi di permukaan logam dan tidak boleh digunakan di permukaan jalan raya bertar.

Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI