Susulan kes perpisahan Zafuan dan Rita masih lagi di dalam kemelut yang panjang.Isunya ialah permintaan Rita yang agak tidak masuk akal mungkin kerana beliau melihat Zafuan sedang berjaya membina kariernya bersama kelab `terkaya` di Malaysia iaitu JDT.
Namun, Kapten Harimau Malaya Aidil Zafuan Abd Razak memfailkan pembelaan di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam selepas tidak bersetuju dengan tuntutan mutaah RM300,000 yang difailkan bekas isterinya, pelakon Rita Rudaini.

Peguam syarie Roshdan Sujak Rafie yang mewakili Aidil selaku defendan ketika ditemui selepas perjumpaan dalam kamar di depan Pendaftar Mahkamah, Atrasina Mohd Zahrullail memaklumkan antara pembelaan anak guamnya adalah Aidil tidak bersetuju dengan nilai mutaah yang diminta Rita yang disifatkan melampau.
“Anak guam saya menyatakan jumlah yang diminta bekas isterinya itu adalah melampau daripada jumlah yang sepatutnya,” katanya.
Pada perjumpaan itu juga, Roshdan memberi alasan kepada mahkamah mengenai ketidakhadiran Aidil, 27, selaku defendan yang juga pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) pada sebutan kali pertama di depan pendaftar, 25 Ogos lalu.
“Alasan yang diberikan pada mahkamah adalah notis saman kes itu diserahkan kepada defendan tujuh hari sebelum tarikh sebutan.
“Ia satu tempoh masa yang singkat dan Aidil tidak sempat untuk membuat lantikan peguam,” jelas Roshdan.
Sementara itu, Roshdan memberitahu pihaknya sudah memaklumkan kepada mahkamah Aidil tidak dapat hadir pada prosiding semalam kerana berada di Incheon, Korea bagi mewakili negara pada Sukan Asia Ahad ini dan akan pulang pada 3 Oktober depan.
Mahkamah kemudian menetapkan 9 Oktober ini untuk sebutan kes berkenaan.
Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mohd Mokhtar, 38, memfailkan permohonan itu pada 7 Julai lalu, mengikut Seksyen 58 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Selain mutaah, pelakon itu pada awal Januari lalu, turut menuntut nafkah tertunggak lebih RM100,000 daripada Aidil.
Kes tuntutan nafkah tertunggak akan melalui perbicaraan penuh pada 30 September ini di mahkamah sama.








0 comments:
Catat Ulasan