Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

21 September 2014

TAUBAT - ENGGAN JADI HAMBA DUIT

Itu semua duniawi, luahan dari seorang wanita yang sebelum ini hidup bangga dengan kemewahan yang di miliki beliau.Namun Allah itu lebih Maha mengasihani kerana telah memberi hidayah kepadanya.


“Wang dan kemewahan hanya membangkitkan kebencian sesama manusia dan disebabkan itu saya putus asa mencari kekayaan dunia sekali gus memilih jalan ini,” luah Roxhana Omar, 35 yang rutin hariannya mencari golongan kurang berkemampuan seperti miskin dan cacat untuk dibantu secara sukarela.

Bagi Roxhana, dia mempunyai alasan tersendiri kenapa memilih untuk berhenti mengumpul harta dunia demi bersama golongan berkenaan selaku pejuang mereka dalam mendapatkan sedikit kesenangan untuk meneruskan hidup. 
Katanya, pilihan itu juga tidak datang begitu saja, sebaliknya ditunjukkan Allah SWT menerusi ujian perit yang pernah dilaluinya beberapa tahun lalu membabitkan kehancuran rumah tangga yang dibina bersama bekas suami pertama. 

Tidak berhajat untuk menceritakan kembali kisah berkenaan, ibu dua anak itu mengakui kejadian terbabit membuka matanya dan memberi kesedaran bahawa kekayaan bukan jaminan untuk dia memperoleh hati yang gembira dan tidak sunyi.

“Ketika itu saya mula sedar duit yang banyak memang memberi kesenangan, namun bukan kegembiraan. Orang mula membenci satu sama lain kerana wang dan tiada langsung kegembiraan di dalam hati, sebaliknya kekosongan.

“Saya ‘merajuk’ dengan wang dan enggan menjadi hamba wang lagi, seterusnya memilih jalan yang memberi kepuasan.

Sedikit pencerahan mengenai manusia yang menjadi hamba kepada kemewahan oleh Ustaz Kazim Elias
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI