Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

16 September 2014

PENTINGNYA MENJAGA KALORI ANDA


Mengikut kajian terbaharu, lelaki memerlukan 2250 kalori dan wanita memerlukan 1800 kalori dalam kehidupan seharian mereka. Jadi pengurusan kalori dalam pemakanan seharian adalah sangat penting bagi mengelakkan masalah obesiti.

10 kesilapan yang selalu dilakukan ialah:

1) ‘Skip’ hidangan

Jangan skip mana-mana hidangan. Lebih-lebih lagi sarapan pagi. Rugi! Sarapan itu penting untuk metabolism harian anda. Badan kita telah berlapar semasa kita tidur selama 5-6 jam. Amat kurang wajar jika dibiarkan badan kita dalam keadaan yang tidak bersedia untuk menghadapi rutin seperti ke kelas, melawat hospital, pergi praktikal dan juga bersukan di istad.

2) Cuma makan 3 hidangan sehari.

Ada juga yang hanya makan 1 kali sahaja untuk hidangan berat. Satu hidangan yang benar-benar berat dengan harapan kita akan kenyang sepanjang hari. Ini juga mustahil. Hidangan sebegini tidak cukup untuk:

a) mengawal nafsu makan
b) meningkatkan metabolism untuk pembakaran lemak secara berterusan.

Jangan korban makanan berkhasiat kerana ingin berjimat.

3) Makan secara tidak teratur

Jangan jangan jangan tak makan. Badan anda bukan sahaja memerlukan makanan untuk menggantikan tisu-tisu yang baru  tapi juga untuk pembakaran lemak semasa waktu berehat. Jika ‘Daily Calorie Requirement’ (DCR) anda ialah 2000 kalori sehari, paling kurang makan dalam 1200 kalori sehari. Yang penting makan kerap untuk kawal nafsu makan tetapi dalam saiz hidangan yg bersesuaian.

4) Elakkan nasi

Nasi adalah sumber karbohidrat yang baik. Ya, memang menggemukkan jika dimakan secara berlebihan. Oats, buah atau roti juga menggemukkan jika dimakan secara berlebihan. Nak makan nasi boleh, tapi jangan lebih daripada segenggam untuk satu hidangan.

5) Ikut diet secara membuta

Ramai daripada kita yang suka mengikuti ‘trend’ diet terkini yang terdapat di dada-dada majalah popular masa kini. Kebanyakan daripada penulis majalah ini mengatur diet yang sesuai dengan keperluan dan mengikut kehendak penaja majalah tersebut. Tiada masalah untuk mencuba tapi jangan ikut tanpa alasan yang saintifik. Kaji dan tanyalah orang yang lebih berpengalaman. Teori jauh bezanya dengan praktikal.

6) Harapkan pada makanan tambahan

Alpha Lipid SD II? Herbalife? Lipo-6-black? Krim halia mustajab? Tiada masalah untuk menggunakan produk ini. Tapi jangan anggap produk ini sebagai pembela untuk kesihatan anda. Pastikan diet keseluruhan anda sempurna, kehidupan yang aktif dan gabungkan dengan makanan tambahan. Barulah berkesan insyaAllah.

7) Tidak tahu keperluan kalori diri

Bagaimana anda mahu mengawal berat badan jika tidak peduli tentang keperluan kalori badan anda setiap hari? Nilai ‘Daily Calorie Requirement’ (DCR) setiap individu adalah unik. Bukan setakat anggaran atau ‘average’. Pastikan anda arif dengan DCR anda.

8) Cuai daripada makanan berkhasiat

1000 kalori Chipsy tidak sama dengan 1000 kalori ayam bakar. Nilai nampak sama tetapi kualiti dan manfaatnya pada badan amat jauh sekali bezanya. You are what you eat. Elakkan makanan yang berminyak, tinggi kandungan gula dan mengandungi banyak bahan kimia agar anda sentiasa sihat dan kekal bertenaga.

9) Diet yang tidak pelbagai

Ada yang ingat oats sahaja satu-satunya makanan untuk menguruskan badan. Elakkan diri anda daripada menjadi stereotype. Pelbagaikan diet supaya badan anda memperolehi zat makanan yang mencukupi. Diet bukan hanya bergantung pada satu/dua jenis makanan sahaja. Ia merangkumi semua pilihan makanan untuk satu jangka masa yang panjang.

10) Diet jangka masa pendek

Bila dengar perkataan ‘diet’, ramai anggap ia sebagai suatu program 12 minggu atau short term. Tapi sangkaan anda salah. Diet juga memerlukan anda untuk istiqamah seperti beribadah. Definisi diet ialah  tabiat pemakanan. Mana mungkin sesuatu tabiat itu dapat dibentuk dalam jangka masa pendek. Jadikan berdiet secara sihat ini amalan sepanjang hayat.


Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI