Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

10 September 2014

LETAK BAYI DALAM PERIUK UNTUK DI MASAK

Lawak bodoh dikecam

ARAB SAUDI: Seorang lelaki dipercayai warga Saudi meletakkan seorang bayi di dalam periuk yang penuh dengan sayur-sayuran sebelum menggunakan sudip untuk mengacau peiuk berkenaan.

Sambil mengacau dia berkata: “Ini yang akan kami makan malam ini.” 

KEADAAN bayi itu yang diletakkan di dalam periuk bersama sayur-sayuran.

Rakaman video itu yang disiarkan media tempatan menujukkan bayi itu yang hanya berusia empat bulan, dimasukkan ke dalam periuk itu dan kemudian ditutup sebelum di tempatkan di atas dapur.

Kemudian kedengaran suara seorang wanita yang menyuruhnya berhenti berbuat demikian.

Akhbar Sabq yang melaporkan kejadian itu bagaimanapun tidak menyebut di mana rakaman itu dibuat dan tidak dapat dipastikan sama ada lelaki itu bergurau atau serius.

Bagaimanapun, pembaca mengecam tindakan lelaki itu serta menggesa pihak berkuasa menjejaki dan menghukumnya. 

Seorang pembaca menulis: “Hati sebahagian besar manusia kini sudah keras seperti batu. Semoga Allah tidak mengampunkan dosanya.” - Agensi
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI