Iqram mohon maaf kepada Zaquan dan Ayu Raudhah
Pelakon Iqram Dinzly memohon maaf kepada Zaquan Adha dan isterinya, Ayu Raudhah jika isu berbangkit mencetuskan rasa kurang senang. Iqram yang menghubungi BH Online sebentar tadi menjelaskan apa yang dilakukan dalam filem Lagenda Budak Setan 3: Kasyah (LBS3) sebahagian daripada tugas seorang pelakon.
Apa yang dijelaskan Iqram ini rentetan daripada tindakan Zaquan Adha memuat naik status di laman Twitter yang tidak sanggup melihat isterinya yang membawakan watak Zahirah dipukul suaminya, Shan dilakonkan Iqram.
"Untuk Ayu, jika apa yang saya lakukan ketika penggambaran membuatkan dia rasa tak selesa atau sakit, saya mohon maaf. Apa yang kita lakukan ketika itu atas perbincangan bersama. Saya memang tak ada isu dengan Ayu seperti yang diakuinya juga.

"Apa yang saya lakukan sebagai pelakon atas permintaan pengarah. Mungkin saya 'naik syeh' hingga tak sedar apa yang dilakonkan. Malah ada kawan pelakon saya cakap watak saya seperti benar-benar psiko dan gila.
"Untuk Zaquan, jika rasa lakonan itu membuatkan dia rasa tak suka atau mungkin mencabar dirinya sebagai suami yang tak berkelakuan sedemikian, saya minta dia kalau tak sanggup jangan tengok filem ini," kata Iqram.
Ditanya apakah semua ini sebagai sandiwara untuk melariskan tayangan filem LBS3, Iqram tidak berfikiran sebegitu.
"Saya tak kenal pun Zaquan secara peribadi. Tapi dia ada hak untuk buat begitu. Saya hormatinya. Kalau ada anggap ini sebagai sensasi untuk melariskan filem, saya rasa sebaiknya masyarakat dan penggemar filem ke pawagam untuk menontonnya sendiri," katanya.
Ayu Raudhah trauma babak dipukul Iqram Dinzly

22 jam yang lalu, suami pelakon Ayu Raudhah, Zaquan Adha ada memuat naikkan status di laman Twitter miliknya bertulis, Saya tak sanggup tengok isteri diperlakukan sebegitu.. lepas ini, no more shooting!!! Status itu dimuat naik dengan hashtag #lagendabudaksetan3.
Difahamkan status itu dimuat naik beliau selepas menonton filem Lagenda Budak Setan 3: Kasyah (LBS3) yang dibintangi isterinya. Dalam filem itu yang kini sedang ditayangkan, Ayu memegang watak Zahirah dan suaminya bernama Shan dilakonkan Iqram Dinzly.
Zahirah dalam filem itu memang sering dipukul Shan. Plot bertambah menarik apabila Iqram Dinzly turut memuat naik status di laman Twitter miliknya sekali gus kelihatan seperti memberi maklum balas kepada apa yang ditulis Zaquan.
Plot terus hangat apabila Farid Kamil bintang utama filem yang sama menulis di laman Twitternya berbunyi, setahu saya Ayu memang ditendang betul-betul di lokasi LBS3. Zaquan turut mengungkap semula apa yang ditulis Farid.








0 comments:
Catat Ulasan